Khamis, 3 Februari 2011

Nota Kegemilangan Kerajaan Johor

Faktor kegemilangan kerajaan Johor
Jajahan takluk Johor dan kecekapan pentadbiran

  • Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga Singapura.

  • Johor menguasai :

    i Klang
    ii Batu Pahat
    iii Muar
    iv Pahang
    v Bentan
    vi Lingga
    vii Bangkalis
    viii Kampar
    ix Siak

  • Faktor kegemilangan Johor :

    i Kecekapan sultan
    ii Kecekapan pembesar
    iii Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
    iv Perkembangan bidang persuratan

*********************************

Johor sebagai Pusat Perdagangan

  • Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.

  • Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.

  • Kapal dagang Johor berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.

  • Ramai pedagang asing datang ke Johor spt pedagang China dari Canton dan Amoy.

  • Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.

  • Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.

  • Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gahuru dan beras

  • Johor sebagai pembekal kain corak baru

  • Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.

  • Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.

  • Perdagangan dijalankan melalui :
    i cara tukar barang
    ii mata wang.

  • Mata wang emas dikenali sebagai mas

  • Mata wang perak dikenali sebagai kupang

  • Mata wang timah dikenali sebagai katun.

  • Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.

  • Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti :
    i Dolar Sepanyol
    ii Dolar Mexico
    iii duit Belanda.

  • Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan mengamalkan cukai yang berpatutan.

  • Setiap bahara lada hitam – dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.

  • Setiap bahara timah – cukainya sepuluh keping emas.

  • Keselamatan pedagang asing, sistem naungan diamalkan.

  • Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh :
    i Bendahara
    ii Raja Indera Bongsu
    iii Temenggung
    iv Laksamana.

  • Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.

  • Orang Laut menjadi :
    i pengawal pelabuhan
    ii pengawas perairan Johor
    iii Penunda
    iv penunjuk arah kepada pedagang.

  • Keistimewaan pelabuhan Johor
    i terlindung daripada tiupan angin monsun.
    ii jadi pintu masuk di selatan Selat Melaka
    iii kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
    iv menjadi pusat membina kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

*************************************
Perkembangan persuratan Melayu.

  • Johor dikenali pusat persuratan Melayu

  • Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu

  • Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya.

  • Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang keagungan Kesultanan Melayu Melaka

  • Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa dan buku agama Islam.

  • Pengarang terkenal :
    i Raja Haji Ahmad
    ii Raja Ali Haji.
  • Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.

  • Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.

  • Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.

  • Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.

  • Di antara karya yang dihasilkan :
    i Tuhfat al Nafis
    ii Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya,
    iii Hikayat Johor serta Pahang,
    vi Peringatan Sejarah Negeri Johor,
    v Aturan Setia Bugis dan Melayu,
    vi Syair Sultan Mahmud Lingga,
    vii Kitab Pengetahuan Bahasa
    viii Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.


kembali ke atas