- Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.
- Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
- Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
- Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
- Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.
- Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
- Perang menjejaskan perdagangan Johor.
- Sultan Alauddin Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang.
- Keadaan Johor yang tidak selamat menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.
- Laksamana Tun Abdul Jamil mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
- Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja.
- Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak-anaknya untuk memegang Diraja. jawatan kanan dalam kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar
******************************
Perebutan kuasa.
- Laksamana Tun Abdul Jamil – pembesar berpengaruh di Johor.
- Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.
- Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.
- Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).
- Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.
- Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
- Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.
- Persengketaan antara kedua-dua pembesar menjejaskan kestabilan politik Johor.
- Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid
mendapatkan semula kuasanya - Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara
***************************
Perebutan takhta
- Sultan Mahmud Shah II sultan yang zalim
- Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
- Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
- Baginda tidak meninggalkan zuriat,
- Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
- Perlantikan memulakan kesultanan Johor keturunan bendahara.
- Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
- Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.
- Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.
- Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
******************************
Penglibatan Bugis di Johor
- Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir
- lima orang anak raja Bugis bersaudara
i Daeng Perani,
ii Daeng Menambun iii Daeng Merewa
iv Daeng Chelak
v Daeng Kemasi - Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
- Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara mengusir Raja Kechil.
- Raja Kechil berjaya dikalahkan
- Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
- Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
- Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.
- Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.
- Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.
- Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.
- Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
- Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784
- Memberi peluang kepada pembesar Melayu utnuk kembali menguasai pemerintahan.
- Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.
- Riau dikuasai oleh Bugis.
- Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan Tanah Besar Johor.
- Bendahara Johor bertapak di Pahang.
- Sultan Johor bersemayam di Lingga.
- Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.
- Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
- Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan Johor.
**********************************
Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
- Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertapak di Betawi, Jawa.
- VOC memulakan hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar
- VOC bimbang dengan penguasaan Bugis di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
- Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.
- Belanda mengalahkan Bugis
- Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.
- VOC bertindak mengusir orang Bugis.
- Persengketaan Belanda dan Bugis memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.
- Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencari peluang menguasai Johor.
- Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.
**********************************
Rumusan
1. Johor menjadi lemah dan berpecah
2. Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau
3. Campurtangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.