Jumaat, 4 Februari 2011

Kemerosotan kerajaan Johor

Perang Johor-Jambi

  • Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.

  • Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.

  • Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.

  • Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.

  • Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.

  • Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.

  • Perang menjejaskan perdagangan Johor.

  • Sultan Alauddin Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang.

  • Keadaan Johor yang tidak selamat menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.

  • Laksamana Tun Abdul Jamil mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.

  • Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja.

  • Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak-anaknya untuk memegang Diraja. jawatan kanan dalam kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar


******************************

Perebutan kuasa.

  • Laksamana Tun Abdul Jamil – pembesar berpengaruh di Johor.

  • Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.

  • Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

  • Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).

  • Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.

  • Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja

  • Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.

  • Persengketaan antara kedua-dua pembesar menjejaskan kestabilan politik Johor.
  • Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid
    mendapatkan semula kuasanya

  • Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara


***************************

Perebutan takhta

  • Sultan Mahmud Shah II sultan yang zalim

  • Baginda dibunuh oleh pembesarnya.

  • Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.

  • Baginda tidak meninggalkan zuriat,

  • Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

  • Perlantikan memulakan kesultanan Johor keturunan bendahara.

  • Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.

  • Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.

  • Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.

  • Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.


******************************

Penglibatan Bugis di Johor

  • Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir

  • lima orang anak raja Bugis bersaudara

    i Daeng Perani,
    ii Daeng Menambun iii Daeng Merewa
    iv Daeng Chelak
    v Daeng Kemasi
  • Mereka menjadi tentera upahan yang berani.

  • Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara mengusir Raja Kechil.

  • Raja Kechil berjaya dikalahkan

  • Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.

  • Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.

  • Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.

  • Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.

  • Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.

  • Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.

  • Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.

  • Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784

  • Memberi peluang kepada pembesar Melayu utnuk kembali menguasai pemerintahan.

  • Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.

  • Riau dikuasai oleh Bugis.

  • Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan Tanah Besar Johor.

  • Bendahara Johor bertapak di Pahang.

  • Sultan Johor bersemayam di Lingga.

  • Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.

  • Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.

  • Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan Johor.

**********************************
Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)

  • Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) bertapak di Betawi, Jawa.

  • VOC memulakan hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar

  • VOC bimbang dengan penguasaan Bugis di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
  • Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.

  • Belanda mengalahkan Bugis

  • Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.

  • VOC bertindak mengusir orang Bugis.
  • Persengketaan Belanda dan Bugis memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.

  • Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencari peluang menguasai Johor.

  • Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.

**********************************

Rumusan

1. Johor menjadi lemah dan berpecah

2. Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau

3. Campurtangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.