Khamis, 15 Januari 2009

Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

klik untuk besarkan



Parameswara di Palembang

  1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400
  2. Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
  3. Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
  4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit
  5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit
  6. Parameswara telah lari ke Temasik


Parameswara di Temasik

  1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)
  2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
  3. Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik
  4. Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya
  5. Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya
  6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar


Kedatangan Parameswara

  1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan
  2. Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam
  3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
  4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun
  5. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
  6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan
    mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut