Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.
Ciri-ciri Penempatan
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.- Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan Peralatan
- Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
- Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
- Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.
- Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.
Kepercayaan
- Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
- Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.
Lokasi Di Malaysia
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor