skip to main |
skip to sidebar
Latihan Objektif Bab 6
- Melaka telah mengalami pergolakan politik apabila Portugis tiba. Apakah pergolakan politik tersebut?
A. Persaingan kuasa antara Bendahara dan Sultan Melaka
B. Persaingan kuasa antara golongan Melayu dengan India Muslim
C. Persaingan kuasa antara Laksamana dan Temenggung
D. Persaingan kuasa untuk memungut hak cukai antara Bendahara dan pembesar-pembesar tanah jajahan
- Siapakah Bendahara Melaka yang mengganti tempat Tun Perak setelah kematian Bendahara Melaka tersebut?
A. Tun Perpatih Putih
B. Tun Putih
C. Tun Mutahir
D. Tun Perpatih
- Semasa Tun Mutahir menjadi Bendahara Melaka, berlaku masalah perpaduan antara pembesar yang menyebabkan rakyat berpecah dan tidak bersatu paduApakah punca masalah tersebut
A. Tun Mutahir tidak berupaya untuk mentadbir dengan baik kerana telah uzur
B. Tun Mutahir mengamalkan dasar pilih kasih dalam pentadbirannya
C. Tun Mutahir bukan daripada golongan bangsawan
D. Tun Mutahir mentadbir secara kuku besi
- Persaingan antara golongan orang Melayu dan golongan India Muslim telah berlaku yang menyebabkan perpaduan tergugat. Apakah perkara yang menyebabkan persaingan ini berlaku?
A. Untuk mendapat tempat dalam pentadbiran Sultan Melaka
B. Untuk mendapat pengaruh Tun Mutahir setelah beliau dilantik sebagai Bendahara Melaka
C. Untuk mwndapat kawasan pungutan cukai
D. Untuk menjaga kawasan perdagangan
- Sultan Mahmud Shah telah mengambil keputusan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa. Mengapakah baginda bertindak demikian?
A. Baginda percaya kepada fitnah yang menyatakan Tun Mutahir mahu mengatasi kekayaannya
B. Tindakan Tun Mutahir mengusir syahbandar daripada menguasai pelabuhan Melaka
C. Tun Mutahir mengamalkan rasuah dalam tugasnya
D. Tun Mutahir menghalang golongan India Muslim berniaga di pelabuhan
- Ketika Melaka menghadapi zaman kejatuhannya, konflik antara pembesar-pembesar Melaka telah berlaku.Antara yang berikut apakah peristiwa konflik yang berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka terjejas?
I Perebutan jawatan syahbandar
II Perebutan kuasa antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
III Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir mengtatasi kekayaan Sultan Mahmud Shah
IV Pertelingkahan antara pegawai kanan Portugis dengan Tun Mutahir
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
- Soalan 7 berdasarkan maklumat di bawahBerdasarkan maklumat di atas siapakah 'X'
A. Tun Perpatih Putih
B. Tun Putih
C. Laksamana Khoja Hassan
D. Tun Perpatih
- Pilih pernyataan yang betul mengenai askar Melaka ketika berhadapan dengan askar Portugis
I Askar Melaka terdiri daripada hulubalang Melaka yang gagah
II Askar Melayu terdiri daripada askar upahan Jawa
III Menggunakan peralatan senjata tradisional
IV Tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti askar Portugis
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV
- Salah satu faktor yang menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis ialah kerana askar Melaka terdiri daripada askar upahan Jawa. Apakah yang berlaku menyebabkan kekalahan Melaka ke atas Portugis?
A. Askar upahan Jawa tidak pandai berperang
B. Askar upahan Jawa tidak berperang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Melaka
C. Askar upahan Jawa tidak bersedia ketika kedatangan Portugis
D. Askar upahan Jawa telah berpaling tadah
- Orang Portugis merupakan orang Eropah yang pertama datang ke Asia Tenggara.Apakah antara matlamat mereka datang ke Asia Tenggara?
I. Untuk mwncari pengaruh
II. Untuk mencari kekayaan
III. Untuk mendapatkan kemegahan
IV. Untuk menyebarkan agama Kristian
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah
******************************
*Mahu menyebarkan agama Kristian
* Mahu menguasai perdagangan rempah
******************************
Kedua-dua pernyataan di atas berkaitan dengan orang Portugis.Apakah kesan daripada kedua-dua kemahuan di atas?
A. Orang Portugis berjaya mengalahkan orang Islam
B. Orang Portugis melancarkan perang jihat ke atas orang Islam
C. Orang Portugis berjaya belayar ke Asia Tenggara
D. Orang Portugis berjaya menyebarkan agama Kristian
- Bangsa Eropah yang pertama tiba di Melaka ialah bangsa Portugis.Mengapakah Melaka menjadi tumpuan orang Portugis?
A. Melaka merupakan pusat penyebaran agama Islam
B. Melaka merupakan pusat perdagangan terpenting di Timur
C. Melaka sebuah negara yang kaya dan makmur
D. Melaka kaya dengan bahan mentah
Soalan 13 berdasarkan senarai di bawah
***********************************
Putera Henry
* Bartholomew Diaz
* Vasco da Gama
************************************
Ketiga-tiga tokoh dinatas badalah berkaitan dengan orang Portugis.Apakah sumbangan mereka kepada sejarah?
A. Berjaya memajukan perdagangan rempah di Asia Tenggara
B. Berjaya memajukan bidang pelayaran pada akhri abad ke-15 hingga awal abad ke - 16
C. Berjaya menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara
D. Berjaya melemahkan kerajaan Islam di Asia Tenggara
- Soalan 14 berdasarkan jadual di bawah
Peristiwa-peristiwa di atas mempunyai kepentingan kepada orang Portugis. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?
I Portugis berjaya menyebarkan agama Kristian
II Portugis berjaya memecahkan monopoli perdagangan rempah saudagar Islam di Asia Tenggara
III Portugis berjaya membina empayar yang besar di Timur
IV Portugis berjaya membawa kemegahan kepada orang Portugis
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
- Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah.
Siapakah tokoh X di atas
A. Putera Henry
B. Vasco da Gama
C. Lopez de Sequeira
D. Bartholomew Diaz
- Rempah mendapat permintaan yang tinggi di Eropah pada abad ke-14 dan ke -15
Mengapakah rempat mendapat permintaan yang tinggi
A. Rempah menjadi barangan kemegahan
B. Masyarakat Eropah amat gemar menggunakan rempah dalam masakan mereka
C. Rempah menjadi bahan dalam perubatan
D. Rempah dijadikan sebagai bahan pengawet dan menyedapkan makanan mereka
- Pada tahun 1509, rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequeira telah tiba di Melaka pada mulanya disambut baik oleh kerajaan Melaka. Namun demikian mereka telah ditangkap dan dipenjarakan atas perintah Sultan Mahmud Shah. Mengapakah peristiwa ini terjadi
A. Pedagang Islam dari jawa dan Gujerat telah memberi maklumat mengenai tujuan sebenar Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang agama Islam
B. Pedagang China telah memberi maklumat mengenai tujuan sebenar Portugis untuk menguasao perdagangan
C. Pedagang-pedagang lain menghasut kerana Portugis menguasai perdagangan di Melaka
D. Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat iri hati atas kelebihan yang diberikan kepada rombongan Portugis
- Soalan 18 berdasarkan pernyataan di bawah
**************************************
Tun Mutahir telah menasihati Sultan Mahmud Shahsupaya bertindak ke atas orang Portugis dan akhirnya baginda memrintah rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequiera ditangkap
*************************************
Apakah kesan daripada peristiwa di atas
A. Melaka diarah membebaskan tahanan oleh Portugis
B. Portugis menyerang dan menawan Melaka
C. Portugis membantu Acheh menyerang Melaka
D. Portugis memboikot perdagangan di Melaka
- Sebelum mela ncarkan serangan ke atas Melaka Alfonso de Albuquerque telah membuat tiga tuntutan.Apakah ketiga-tiga tuntutan tersebut
I Semua tawanan Portugis dibebaskan
II Membenarkan Portugis membina sebuah kubu di Melaka
III Membenarkan Portugis memonopoli perdagangan rempah
IV Membayar ganti rugi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
- Walaupun askar Melaka tidak ramai dan hanya menggunakan senjata tradisional. Namun demikian, semangat perjuangan mereka sangat tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka mempunyai semangat sedemikian?
A. Mereka telah mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
B. Mereka akan diberikan ganjaran jika dapat kalahkan Portugis
C. Mereka bersemangat setelah Tun Mutahir memberi ceramah
D. Mereka ingin membalas dendam kerana kediaman mereka dibedil oleh pihak Portugis
- Ke manakah Sultan Mahmud Shah mula-mula berundur setelah Portugis menawan Melaka
A. Jawa
B. Bentan
C. Muar
D. Pahang
- Selepas Muar, Sultan Mahmud Shah sekali n=berundur. Di manakah pilihan baginda
A. Johor
B. Pahang
C. Pagoh
D. Palembang
- Di manakah Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan yang baru selepas kemangkatan anaknya, Sultan Ahmad Shah
A. Bentan
B. Kampar
C. Paguh
D. Pelembang
- Serangan pertama Portugis ke atas Melaka dilancar pada 25 Julai 511 dan Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka kerana meklumat kekuatan Melaka telah dibocori.
Siapakah yang membocorkan maklumat tersebut
A. Sikitol
B. Sikijul
C. Pedagang Jawa
D. Pedagang Gujerat
- Antara yang berikut yang manakah tarikh-tarikh serangan Portugis ke atas Melaka
I. 25 Julai 1511
II. 10 Ogos 1511
III. 18 Ogos 1511
IV. 24 Ogos 1511
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I,III dan IV
D. II, III dan IV