Khamis, 22 Januari 2009

Latihan Objektif Bab 5

Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah di bawah









  1. Rajah di atas menunjukkan senarai jawatan yang terdapat dalam struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.Apakah jawatan X

    A. Bendahara II
    B. Biduanda
    C. Temenggung
    D. Panglima


  2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka di atas?

    A. Hanya terdapat enam jawatan penting sehaja dalam Kerajaan Kesultanan Melaka
    B. Pilihanraya diadakan untuk memilih ketua-ketua pentadbiran
    C. Masyarakat Melayu mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
    D. Perlantikan ke jawatan adalah melalui peperiksaan yang ketat


  3. Kemajuan Melaka adalah disebabkan Melaka mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dan tersusun, Pada pendapat kamu siapakah yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah lanun di Selat Melaka

    A. Temenggung
    B. Penghulu Bendahari
    C. Laksamana
    D. Syahbandar


  4. Melaka menjadi kuat kerana berjaya membuat pelbagai pembaharuan yang teratur. Apakah pembaharuan - pembaharuan yang dijalankan dalam bidang pentadbiran?

    A. Menghantar pegawai-pegawai berlatih di luar negara
    B. Menggunakan peraturan yang ketat
    C. Mewujudkan jawatan Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana untuk menjalankan tugas masing-masing
    D. Menjalankan sistem pemerintahan bercorak autokrasi


  5. Apakah tugas Laksamana dalam Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan yang diamalkanoleh Kerajaan Melayu Melaka?

    A. Mengetuai angkatan perang
    B. Penasihat kepada sultan
    C. Ketua hakim
    D. Ketua angkatan tentera


  6. Bendahara adalah jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka selepas sultan. Apakah tugas-tugas Bendahara?

    I Penasihat kepada sultan
    II Ketua turus angkatan tentera
    III Ketua istiadat istana
    IV Ketua hakim dan pemangku sultan

    A. I, II dan III
    B. I, II dan Iv
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV



  7. Soalan 7 berdasarkan senarai di bawah
    ___________________________

    * Pemungut hasil dan ufti
    * Ketua segala Bendahari
    * Keua urusetia istana
    * Ketua segala Syahbandar
    ___________________________

    Apakah jawatan yang dimaksudkan di atas dalam pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka?

    A. Penghulu Bendahari
    B. Temenggung
    C. Bendahara
    D. Penghulu Kampung


  8. Melaka kerap menghantar utusan ke luar negara setelah menjadi suatu kuasa yang kuat. Siapakah yang mengetuai utusan ke luar negara?

    A. Laksamana
    B. Bendahara
    C. Temenggung
    D. Penghulu Bendahari


  9. Soalan 9 berdasarkan senarai di bawah
    ---------------------------------------
    * Ketua polis dan penjara
    * Ketua protokol istana
    * Hakim di darat
    * Penguasa bandar dan Kota Melaka
    ________________________
    A. Bendahara
    B. Laksamana
    C. Temenggung
    D. Penghulu Bendahari


  10. Melaka telah menjadi kuat melalui pentadbiran yang tersusun dan teratur. Apakah kesan daripada kejayaan di atas?

    A. Melaka disegani oleh kuasa-kuasa besar
    B. Sistem pentadbiran ini diikuti dan diwarisi oleh kerajaan Melayu yang lain
    C. Melaka dapat membina pelabuhan yang besar
    D. Melaka dapat membina sistem pemerintahan yang kuat


  11. Soalan 11 berdasarkan dialog di bawah
    ___________________________
    Pedagang: Semua barang-barang hamba dirampas oleh lanun semasa kapal hamba menghampiri pelabuhan Melaka.
    Bendahara: Baiklah, hamba akan menyuruh orang hamba menyiasat kejadian tersebut
    ________________________________

    Pada pendapat anda siapakah pegawai yang akan diberi tugas menyiasat perkara di atas

    A. Syahbandar
    B. Pengulu Bendahai
    C. Laksamana
    D. Temenggung


  12. Sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar ini dinamakan

    A. kawasan serahan
    B. kawasan lindungan
    C. kawasan pemakanan
    D. kawasan pegangan


  13. Pilih pernyataan yang betul berdasarkan pembesar dan kawasan pentadbirannya

    I Bendahara - Muar dan Bentan
    II Penghulu Bendahari - Sening Ujung dan Kampar
    III Temenggung - Sungai Raya dan Siantan
    IV Laksamana - Temasik

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV


  14. Selain daripada memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sesebuah kawasan Sultan Melaka juga melantik pembesar untuk memungut cukai di kawasan jajahan dan daerahApakah kawasan ini?

    A. Kawasan pencukaian
    B. Kawasan pegangan
    C. Kawasan lindungan
    D. Kawsan pemakanan


  15. Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat.Apakah antara kesan kedudukan di atas?

    I Memudahkan pedagang singgah untuk berdagang
    II Memudahkan pedagang mendapatkan bekalan makanan dan minuman
    III Memudahkan pedagang membaiki kapal
    IV Memudahkan pedagang mengambangkan agama Islam di Melaka

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV


  16. Pelabuhan Melaka dikatakan mempunyai kedudukan geografi yang baik. apakah antara kedudukan geografi tersebut?

    I Terlindung daripada tiupan Angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa
    II Terlindung daripada tiupan Angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera
    III Mempunyai banyak pulau di sekitarnya untuk memudahkan kapal berlindung
    IV Perairan Selat Melaka yang sempit memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV


  17. Soalan 17 berdasarkan pernyataan di bawah
    ---------------------------------------------
    Bentuk muka bumi Melaka amat sesuai sebagai petunjuk bagi pedagang-pedagang yang datang belayar
    ------------------------------------------
    Apakah kesan bentuk muka bumi tersebut kepada pedagang-pedagang yang datang ke Melaka?

    A. Bukitnya membekalkan kayu-kayan untuk membaiki kapal
    B. Bentuk muka bumi ini sesuai untuk memerhatikan lanun-lanun
    C. Bukitnya yang curam akan menyukar lanun untuk menyerang pedagang
    D. Bukit-bukau menjadi panduan kepada pelayar untuk menuju ke Melaka


  18. Antara yang berikut yang manakah tugas seorang Syahbandar?

    I Menjaga kebajikan dan keselematan pedagang
    II Memeriksa alat timbang dan sukat mata wang
    III Menjadi hakim di pelabuhan
    IV Menguruskan cukai

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan Iv


  19. Antara yang berikut pernyataan manakah yang salah mengenai pembahagian tugas Syahbandar mengikut kumpulan pedagang?

    A. Syahbandar I akan menguruskan padagang dari Gujerat dan China
    B. Syahbandar II akan menguruskan pedagang dari Champa, China dan Ryukyu
    C. Syahbandar III akan menguruskan pedagang dari Pegu, Kalinga, Banggala dan Parsi
    D. Syahbandar IV akan menuruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina




  20. Siapakah X yang menjalankan tugas mengawal perairan Selat Melaka untuk menjaga keselamatan pedagang serta perairan Melaka?

    A. Temenggung
    B. Orang Melayu
    D. Orang Asli
    C. Orang Laut

  21. Soalan 21 berdasarkan maklumat di bawah
    --------------------------------------------
    *Undang-undang Laut Melaka
    * Mempunyai 24 fasal
    * Mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga
    * Cara berjual beli
    * Hukum-hukum jenayah yang berlaku di atas kapal
    * Larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal
    ---------------------------------------------

    A. Untuk menghukum pedagang-pedagang yang bersalah
    B. Untuk menakutkan pedagang dengan undang-undang yang diperkenalkan
    C. Untuk memastikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil
    D. Untuk memaklumkan kepadfa pedagang-pedagang tentang cara-cara untuk berniaga di Melaka

  22. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah Melaka untuk menarik minat pedagang ke Melaka.Antaranya ialah kemudahan di pelabuhan. Apakah antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di pelabuhan?

    I Menyediakan kemudahan makanan dan minuman
    II Gudang-gudang yang besar untuk menyimpan barang
    III Kemudahan pengangkutan seperti kapal, perahu, jong, lancar dan gajah untuk mengakut barang
    IV Mernyediakan pekerja untuk mengangkut barang ke gudang

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. I, II, III dan IV

  23. Soalan 23 berdasarkan penyertaan di bawah

    --------------------------------------------
    Pedagang perlu membayar 'Panduan' sebelum berjual beli
    --------------------------------------------

    Apakah yang dimaksudkan dengan 'Panduan' ?

    A. Surat kebenaran
    B. Cukai tanah
    C. Cukai rasmi
    D. Cukai pendapatan

  24. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan Melaka mengenakan cukai ke atas pedagang-pedagang?

    A. Sebagai bayaran menggunakan perkhidmatan di pelabuhan Melaka
    B. Sebagai sumber pendapatan kerajaan
    C. Sebagai ganjaran kepada pegawai-pegawai dan pekerjanya
    D. Sebagai satu syarat untuk berniaga

  25. Pilih pernyataan yang betul mengenai bagaimana Sistem Cukai Berkeutamaan berjalan di Melaka

    I Pedagang dari Barat iaitu India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus
    II Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan 3 peratus
    III Pedagang dari Kepulauan Melayu tidak perlu membayar cukai
    IV Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai tetapi memberi hadiah kepada Sultan, Temenggung atau Shahbandar

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  26. Soalan 26 berdasarkan pernyataan di bawah
    ---------------------------------------------
    * Lesen bagi peniaga untuk berjual beli
    * Bayaran perlu dibuat untuk mendapatkan lesen ini
    * Jika tiada lesen ini peniaga tidak boleh berniaga
    ---------------------------------------------

    Apakah lesen yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?

    A. Lesen kebenaran
    B. Surat kebenaran berniaga
    C. Lesen rasami berniaga
    D. Surat keutamaan

  27. Berdasarkan penyataan di bawah

    ****************************
    * Penggunaan mata wang timah atau calains
    * Penggunaan wang emas tempatan
    * Penggunaan mata wang emas dari pedirPasai, Kembayat dan Gujerat

    ****************************
    Pada pandangan anda mengapakah pelbagai jenis mata wang digunakan di Melaka?

    A. Melaka mengalami kesukaran dalam sistem pertukaran barang
    B. Terdapat pelbagai jenis logam di Melaka
    C. Melaka telah menjadi tumpuan saudagar asing dan membolehkan urusan perdagangan berjalan dengan lancar
    D. Melaka cekap menjalankan urusan jual beli

  28. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entrepot yang dijalankan oleh kerajaan Melaka yang membezakannya daripada pelabuhan di rantau lain

    A. Pusat pengumpulan barang-barang tempatan
    B. Pusat pengedaran barang dari Timur dan Barat
    C. Pusat pengumpulan barang dari Barat danb Timur
    D. Pusat pengumpulan dari Kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

  29. Soalan 29 berdasarkan pernyataan di bawah

    ************
    Bahasa X
    ************
    Bahasa Lingua Franca
    * Bahasa pengantaraan yang digunakan dalamkegiatan perdagangan di Melaka
    * Bahasa yang mudah difahami
    * Penggunaan yang meluas di rantau Asia Tenggara
    *************

    Apakah Bahasa X yang dimaksudkan di atas?

    A. Bahasa Arab
    B. Bahasa Jawa
    C. Bahasa Melayu
    D. Bahasa Tamil

  30. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pasai. Kedudukan antara kedua-dua kerajaan ini dianggap setaraf. Antara penyataan berikut yang manakah berkaitan dengan hubungan Melaka dan Pasai

    I. Penaklukan Pasai oleh Melaka
    II. Perkahwinan Sultan Melaka Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai
    III. Pertukarann pendapat tentang soal-soal yang berkaitan dengan hukum agama Islam
    IV. Kerajaan Melaka membantu Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  31. Apakah kerajaan Melaka dan kerajaan Pasai berutus surat, apakah istilah yang digunakan dalam surat tersebut?

    A. Sembah
    B. Salam
    C. Ufti
    D. Cukai

  32. Soalan 32 berdasarkan pernyataan di bawah

    *********************************************************
    Kerajaan X
    **********************************************************
    * Hubungan terjalin setelah penaklukan dilakukanoleh Kerajaan Melaka
    * Kerajaan Melaka memberi taraf naungan
    * Menggunakan istilah sembah ketika mengutussurat dengan kerajaan Melaka
    * Menghantar ufti kepada kerajaan Melaka
    ********************************************************
    Berdasarkan penyataan di atas, kerajaan X yang menjalinkan hubungan dengan kerajaan Melaka ialah

    A. Jawa dan Kampar
    B. Pasai dan Siak
    C. Siak dan Jawa
    D. Kampar dan Siak

  33. Mengapakah hubungan kerajaan Melaka dengan Pasai , Jawa, siak dan Kampar memberi kesan yang baik terhadap kerajaan -kerajaan tersebut

    A. Kerajaan-kerajaan tersebut membayar ufti kepada kerajaan Melaka untuk mendapatkan perlindungan
    B. Pembekalan lada hitam, beras, rempah, emas dan sebagainya kepada kerajaan Melaka secara tidak langsung memajukan kegiatan ekonomi mereka
    C. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai taraf yang sama dengan kerajaan Melaka
    D. Raja-raja kerajaan tersebut dapat mengiringi Sultan Melaka ke luar negeri

  34. Hubungan kerajaan Melaka dan Kerajaan China mula terjalin pada tahun 1404 setelah Laksamana Yin Ching melawat Melaka.Bagaimanakah hubungan ini memberi kebaikan kepada kerajaan Melaka?

    A. Sultan Melaka dapat melawat China dan istana China
    B. Ketajaan Melaka akan dilawati oleh pembesar-pembesar China
    C. Kerajaan China mengiktiraf kerajaan Melaka
    D. Kerajaan Melaka menerima ufti daripada kerajaan China

  35. Siapakah yang dihantar oleh Sultan Melaka ke Siam sebagai utusan diplomatik untuk memulakan hubungan antara Melaka dan Siam?

    A. Tun Telani dan Tun Perak
    B. Tun Telani dan Menteri Jana Putera
    C. Tun Perak dan Menteri Jana Putera
    D. Laksamana Hang Tuah dan Tun Perak

  36. Hubungan Kerajaan Melaka dengan kerajaan Ryukyu juga terjalin dalam bentuk diplomatik dan perdagangan. Kerajaan Melaka pernah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu untuk memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh pedagang Ryukyu di Melaka.
    Apakah balasan yang diterima oleh kerajaan Melaka daripada kerajaan Ryukyu

    I. Tidak mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pedagangnya
    II Menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka
    III Meminta kerajaan Melaka menghukum pedagangnya yang melanggar peraturan
    IV Akur tentang undang-undang Melaka

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan IV
    D. III dan IV

  37. Antara kerajaan awal di Tanah Melayu yang memeluk agama Islam ialah kerajaan Terengganu bukti kerajaan ini telah memeluk agama Islam?

    I. Hikayat Raja-Raja Pasai
    II. Hikayat Amir Hamzah
    III. Batu Bersurat di Kuala Berang
    IV. Batu nisan di Tanjung Inggeris

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan IV
    D. III dan IV

  38. Megat Iskandar Syah telah berkahwin dengan Puteri Pasai. Apakah kesan langsung daripada perkahwinan diraja ini?

    A. Membolehkan Melaka menjadi sebuah negara yang kuat
    B. Membolehkan Melaka berdagang di Pasai
    C. Membolehkan rakyat Pasai berdagang di Melaka
    D. Membolehkan Melaka menjadi pusat penyebaran Islam

  39. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan oleg seorang mubaligh Arab yang berasal dari Makkah. Beliau telah berjaya mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.Siapakah mubaligh Arab ini?

    A. Bustanus Salatin
    B. Syed Syeikh Ali
    C. Syeikh Abdul Aziz
    D. Syeikh Muhammad Shah

  40. Sifat agama Islam itu sendiri telah menarik ramai masyarakat Melaka memeluk agama itu.Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai sifat tersebut

    I. Rasional
    II. Adil
    III. Toleransi
    IV. Banyak larangan dan peraturan

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III, dan IV
    D. II, III dan IV

  41. Sultan Melaka telah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Mengapakah baginda bertindak berbuat demikian?

    A. Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja
    B. Untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap
    C. Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat
    D. Untuk mewujudkan dan mengamalkan konsep musyawarah yang dianjurkan oleh Islam

  42. Soalan 42 berdasarkan penyataan di bawah

    *******************************************************
    Baginda menjemput ulama datang dan mengajar agamaIslam. Istana Melaka dijadikan tempat untuk mempelajariilmu tentang pengetahuan Islam
    ****************************************************************

    Selain peranan istana di atas, apakah peranan lain istana dalam menyebarkan agama Islam?

    A. Menjadi tempat menterjemah dan mengumpul kitab agama
    B. Menjadi tempat musafir berkumpul
    C. Menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan untuk menyebarkan agama Islam
    D. Menjadi tempat pertemuan pembesar-pembesar

  43. Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan terhadap rakyat Melaka, antaranya ialah sistem pendidikanApakah perubahan iutama yang berlaku dalam sistem pendidikan?

    A. Melaka menjadi pusat pengajian golongan bawahan dan atasan
    B. Masjid dan madrasah menjadi pusat pendidikan yang penting di Melaka
    C. Pengajian al-Quran menjadi asas terpenting di Melaka
    D. Kebanyakan kitab-kitab dibawa dari Allah s.w.t

  44. Askar upahan yang berkhidmat di Melaka telah dikenal pasti menyebarkan agama Islam ke luar Melaka.Bagaimanakah penyebaran Islam tersebut berlaku?

    A. Melalui perkahwinan dengan orang-orang luar
    B. Memeluk Islam semasa berkhidmat di Melaka dan menyebarkannya apabila mereka pulang
    C. Mereka singgah di pelabuhan-pelabuhan sambil berdakwah
    D. Mereka menyebarkan Islam kepada pedagang-pedagang yang berdagang



  45. Soalan 45 berdasarkan maklumat di atas

    Apakah kaitan Sultan Aluddin Riayat Shah dengan kerajaan - kerajaan tersebut dalam perkembangan agama Islam?

    A. Menakluk kerajaan-kerajaan tersebut untuk mengembangkan agama Islam
    B. Berkahwin dengan puteri-puteri kerajaan tersebut
    C. Menghantar pembesar-pembesar untuk mengembangkan agama Islam
    D. Menghantar ahli-ahli agama untuk mengajar ajaran Islam kepada Raja Pahang, Raja Indergiri, dan Raja Kampar