Selasa, 13 Januari 2009

Latihan Objektif Bab 2

1. Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Zaman apakah yang tidak dialami di Malaysia

A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam


2. Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh Malaysia mengikut urutan yang betul

I Zaman Paleolitik
II Zaman Mesolitik
III Zaman Neolitik
IV Zaman Logam


A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


3. Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik.Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik

A. Perjumpaan tulisan di gua
B. Penemuan perahu prasejarah
C. Penemuan alat batu Haobinh di Perak
D. Penemuan alat pemujaan


4. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengetahunya?

A. Melalui cerita atau lisan
B. Melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi
C. Melalui ujikaji di makmal
D. Melalui kajian masyarakat masa kini


Soalan 5

Berdasarkan senarai di bawah
*Batu Tembikar
*Serpihan tulang
*Batu-batan yang dibina


5. Sepasukan ahli arkeologi telah menemui bahan-bahan di atas dalam usaha mereka mengesan perkembangan tamaddun awal manusiaApakah panggilan barangan di atas?

A. Upacara perkuburan
B. Animisme
C. Artifak
D. Perak Man


6. Zaman paleolitik dipercayaibermula 200 000 tahun hingga 300 000 tahun dahulu. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang Zaman Paleolitik?

A. Mereka mula bercucuk tanam
B. Kegiatan menukar barangan giat dijalankan
C. Menggunakan peralatan daripada batu dan logam
D. Menggunakan alat batu


Soalan 7 Berdasarkan pernyataan di bawah
*******************************************
Mereka menjalankan adat pengebumian
dengan disertakanmakanan atau alat-alat batu

*******************************************
7. Pernyataan di atas merujuk kepada situasi kehidupan masyarakat

A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam


8. Ahli arkeologi mendapat lukisan dan peralatan telah dijumpai di gua-gua yang dikaitkan dengan masyarakat pada zaman Paleolitik. Di manakah lokasi gua-gua tersebut?

I Kota Tampan, Perak
II Gua Niah, Sarawak
III Tingkayu, Sabah
IV Bukit Bunuh, Perak


A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV


9. Berdasarkan pernyataan di bawah
***************************************
Perak Man atau orang Perak ialah rangka manusia
tertua telah ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990

****************************************
Apakah kesan penemuan tersebut?

A. Orang Perak adalah masyarakat pertama menetap di Tanah Melayu
B. Kebanyakan orang Perak suka tinggal di gua-gua
C. Ahli arkeologi seluruh dunia mula memberi perhatian tentang Zaman Palleolitik di Malaysia
D. Orang Perak terkenal di kalangan ahli arkeologi di seluruh dunia


10. Masyarakat Zaman Paleolitik tinggal di dalam gua batu kapur yang berhampiran dengan tasik.Mengapakah kawasan tersebut dipilih?

I Mudah mendapatperlindungan daripada cuaca buruk dan binatang buas
II Mudah mendapat bekalan air dan makanan seperti ikan
III Mudah untuk memburu binatang yang banyak terdapat di sekeliling gua
IV Mudah untuk menjalankan hubungan perdagangan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


11. Masyarakat Paleolitik mempercayaan kepada kepercayaan animisme.Bagaimanakah kepercayaan ini diamalkan?

A. Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa dan roh orang mati
B. Terdapat banyak Tuhan yang menguasai alam ini
C. Orang yang mati akan hidup semula
D. Kepercayaan kepada Tuhan yang menguasai alam semesta


12. Masyarakat awal yang menetap di gua telah menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyara hidup mereka.Apakah kegiatan yang dijalankan oleh masyarakat ini?

I Menternak binatang dan ikan
II Menanam pokok
III Memburu
IV Memungut hasil hutan


A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV


Soalan 13

berdasarkan pernyataan di bawah

Mula menetap di satu-satu tempat

Mempunyai pemimpin

Mengamalkan pembahagian kerja

Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada ciri penempatan masyarakat yang dimaksudkan?

A. Masyarakat Zaman Paleolitik

B. Masyarakat Zaman Mesolitik

C. Masyarakat Zaman Neolitik

D. Masyarakat Zaman Logam

14. Apakah antara kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan Zaman Neolitik?

I Memungut hasil hutan

II Menangkap ikan dan menternak binatang

III Memakan tumbuhan liar

IV Bercucuk tanam

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

15. Selain daripada peralatan batu, apakah penggunaan lain yang digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat Zaman Neolitik?

A. Tanah liat

B. Logam

C. Gangsa

D. Batu tajam

Soalan 16

Berdasarkan pernyataan di bawah

Penggunaan batu >>>> Penggunaan tembikar Memungut hasil hutan >>>> Bercucuk tanam Berpindah randah >>>> Menetap di suatu tempat Sara diri >>>>Perdagangan

Pernyataan di atas dikaitkan dengan Zaman Neolitik. Apakah yang berlaku pada Zaman Neolitik berdasarkan pernyataan tersebut?

A. Zaman Neolitik dikatakan sebagai zaman perubahan teknologi daripadaZaman Paleolitik

B. Masyarakat pada Zaman Neolitik tidak suka cara hidup masyarakat Zaman Paleolitik

C. Masyarakat Zaman Neolitik mempunyain cara hidup yang berbeza

D. Masyarakat Zaman Neolitik telah berpindah ke tempat-tempat lain


17. Di manakah lokasi penempatan masyarakat Zaman Neolitik?

I Sungai Tembeling, Pahang

IIGua Cha, Perak

III Bukit Tengkorak, Sabah

IV Gua Niah, Sabah

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan III

D. III dan IV


18. Selain daripada mencipta tembikar untuk kegunaan harian, masyarakat Zaman Neolitik juga mencipta barang-barang kemas seperti

I anting-anting

II kalung

III gelang

IV mahkota

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


19. Pengkaji sejarah telah menemui peralatan

tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga.

Apakah kesimpulan hasil penemuan di atas?

A. Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat Neolitik
B. Masyarakat Mesolitik telah membina rumah sendiri
C. Peralatan tersebut digunakan dalam amalan pemujaan oleh masyarakat Logam
D. Masyarakat Paleolitik menggunakan peralatan tersebut untuk pertanian


20. Berdasarkan senarai di bawah

Beliung >>>>>> Peralatan Zaman Neolitik

Peralatan di atas digunakan oleh masyarakat Zaman NeolitikApakah kegunaan peralatan tersebut

A. Untuk mengupas buah
B. Untuk membina rumah
C. Untuk menggali tanah dan mengetam kayu

D. Untuk memburu binatang

21. Penemuan alat-alat daripada batu dan logam seperti kapal, cangkul, pisau dan tajak amat penting dalam sejarah tanah air. Pada pendapat anda mengapakah penemuan tersebut penting

A. Memberi maklumat tentang masyarakat Zaman Logam

B. Barangan mempunyai nilai harga yang tinggi

C. Membuktikan keagungan sejarah dan budaya negara

D. Dapat disimpan di dalam muzium

22. Beberapa bahan sejarah telah ditemui oleh ahli arkeologi iaitu seperti kubur berbentuk kepingan batuApakah andaian yang boleh dibuat hasil penemuan tersebut?

A. Masyarakat Paleolitik mengamalkan pemujaan roh
B. Masyarakat Mesolitik takut akan mayat


C. Masyarakat Neolitik menyembah batu dan keranda
D. Masyarakat Logam mengamalkan upacara kematian


23. Berdasarkan senarai di bawah

Sungai Tembeling

Gua Harimau

Changkat Menteri

Ahli-ahli sejarah telah menemui beberapa bahan sejarah di lokasi-lokasi di atas. Apakah andaian mereka tentangbahan-bahan tersebut?

A. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Logam

B. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Neolitik


C. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Mesolitik

D. Bahan tersebut digunakan pada Zaman Paleolitik

24. peralatan seperti

kapak, tulang mawas, sabit, pisau dan mata kambing

yang ditemui oleh pengkaji sejarah.Apakah pandangan ahli sejarah hasil penemuan tersebut?

A. Peralatan tersebut digunakan oleh masyarakat Zaman Mesolitik
B. Peralatan daripada logam yang digunakan oleh masyarakat Zaman Logam
C. Peralatan yang dibuat daripada kayu keras oleh masyarakat Zaman Neolitik
D. Peralatan peperangan pada Zaman Logam


25. Menurut pengkaji sejarah. Zaman Logam bermula 4000 tahun dahulu. Apakah antara ciri-ciri masyarakat ini?

I Menghasilkan logam daripada gangsa dan besi

II Bercucuk tanam

III Hidup menetap

IV Perdagangan secara tukar barang

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

26. Apakah ciri-ciri kepercayaan Zaman Logam

I Mempunyai kepercayaan tertentu

II Mempunyai peganan hidup tertentu

III Mayat dikuburkan bersama sama alat-alat dan makanan

IV Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu

A. I, II dan IV
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, III dan IV


27. Apakah ciri-ciri penempatan masyarakat Zaman Logam?

I Hidup menetap
II Mempunyai adat resam
III Ada yang tinggal di gua
IV Hidup berpindah randah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


28. Masyarakat Zaman Logam telah dianggap masyarakat yang bertamaddunMenapakah anda berpendapat sedemikian?

I Mereka hidup secara menetap
II Tinggal berhampiran dengan sungai dan laut
III Kegiatan utama bercucuk tanam, menengkap ikan, menternak dan berdagang
IV Menggunakan peralatan batu yang lebih baik


A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


30. Apakah kebaikan yang kita peroleh melalui kajian zaman prasejarah yang telah kita pelajari


A. Masyarakat dahulu hidup dalam serba kekurangan dan miskin
B. Masyarakat dahulu bijak berusaha untuk hidup
C. Menunjukkan tamadun manusia di negara kita sama dengan tamadun bangsa lain
D. Zaman prasejarah memakan masa yang lama

31. Perubahan yang dialami oleh masyarakat prasejarah iaitu bermula Zaman Logam memperlihatkan kegigihan masyarakat dahulu untuk terus berusaha.Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada kegigihan mereka


A. Membina kekuatan tentera yang kuat untuk menghadapi musuh
B. Membuka lebih banyak kilang-kilang perusahaan di seluruh negara
C. Bekerjasama dan tolong-menolong untuk membina negara yang bertamadun
D. Menguasaai negara-negara yang lemah untuk menjadi sebuah negara yang kuat