Khamis, 3 Februari 2011

Nota Latar Belakang Sabah

LATAR BELAKANG SEJARAH SABAH

1. gelaran negeri di bawah bayu

2. nama sabah berasal drp perkataan ‘saba’ -sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.

3. orang bajau memanggilnya pisang jaba.

4. masyarakat pantai barat sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.

SABAH DENGAN KESULTANAN BRUNEI DAN SULU

1. sebelum abad ke-16, sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja atau organisasi sebuah negeri

2. dibahagikan kepada tiga :

i. sistem politik kesukuan

ii. sistem politik kesultanan

iii. sistem politik ketua bebas.

3. sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman -didiami kadazandusun, murut dan orang sungei.

4. mereka hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai.

5. sistem politik diamalkan di pedalaman walaupun sabah diperintah oleh kesultanan brunei dan sulu.

6. sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur sabah yang ditadbir oleh kesultanan brunei dan sulu.

7. abad17, sabah diikuasai kesultanan brunei.

8. kesultanan brunei – ada masalah perebutan kuasa

9. sultan muyiddin serahkan kawasan timur laut brunei kepada sultan sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh.

10. sabah dibahagikan kepada dua kesultanan :

i. kesultanan brunei

ii. kesultanan sulu.

MASYARAKAT SABAH

1. kadazandusun, bajau, melayu-brunei, murut, suluk, orang sungei, kedayan dan bisaya.

A) PERSISIRAN PANTAI.

1. orang melayu-brunei di kawasan pantai barat papar, kimanis, sipitang.

2. orang bajau di pantai barat dan pantai timur spt kota belud, papar, semporna, tuaran.

3. orang suluk di pantai timur spt semporna, lahad datu, tawau, kudat.

B) LEMBAH PANTAI

1. kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt penampang, tambunan, ranau, papar, kudat.

C) PEDALAMAN

1. murut di tenom, persiangan, keningau dan rundum.