Rabu, 2 Februari 2011

Latihan Bab 10

1. Senarai di bawah merupakan antara peninggalan sejarah yang ditemui sebagai bukti kewujudan manusia di Sarawak

  • Tembikar
  • Kapak
  • Pisau dan batu

Di manakah peninggalan sejarah tersebut ?

A Gua Niah

B Sungai Skrang

C Sungai Sarawak

D Gua Gomantong


2. Tempat di bawah merupakan kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak

  • orang Melanau
  • orang Melayu


Di manakah kawasan penempatan masyarakat di atas

A Lembah Sungai

B Pedalaman

C Lembah Pantai

D Persisiran Pantai


3. Maklumat di bawah merujuk kepada ketua bagi masyarakat bumiputera Sarawak


  • Tuai rumah

Apakah peranan beliau

A Mengadakan perayaan penting

B Memastikan adat resam dipatuhi

C Menjaga keselamatan dan keamanan

D Menetapkan peraturan dan undang – undang


4. Maklumat di bawah merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Sarawak


  • Perayaan Kaul

Siapakah yang menyambut perayaan

di atas

A Murut

B Kelabit

C Kenyah

D Melanau


  • Ngajat

5. Bilakah tarian di atas dipersembahkan?

A Perkahwinan

B Pesta Menuai

C Perayaan Kaul

D Pesta Kaamatan