Isnin, 31 Januari 2011

Latihan


1.Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pemerintahan

A. Pengalaman sistem beraja

B. Cara pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan

C. Cara pembesar memerintah kawasan jajahan

D. Pembahagian kuasa kepada pembesar-pembesar


Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah


2. Berdasarkan rajah di atas struktur pemerintahan dan sistem pentadbiran ini dilaksanakan di mana?

A. Negeri Sembilan

B. Negeri-negeri Melayu

C. Sabah

D. Sarawak


3.Siapakah yang mengetuai pentadbiran di peringkat negeri?

A. Pembesar

B. Sultan

C. Kerabat diraja

D. Penghulu


4.Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran?

A. Pembesar dan penghulu

B. Pembesar dan kerabat diraja

C. Kerabat diraja dan penghulu

D. Penghulu dan ulama


5.Seorang sultan adalah berdaulat yang memiliki kesempurnaan, kebolehan dan keistimewaan ketika mentadbir kerajaan.

Mengapa sultan perlu memiliki ciri-ciri ini ketika mentadbir kerajaan ?

A. Untuk menakutkan pembesar dan rakyat agar menghormati sultan

B. Untuk mendapatkan sokongan rakyat ketika mentadbir kerajaan

C. Untuk memastikan pembesar dan rakyat telah melaksanakan tugas yang diamanahkan

D. Untuk memastikan pembesar dan rakyat sentiasa setia kepada sultan


6.Apakah unsur penting untuh mengukuhkan kedaulatan seorang sultan?

I. Kesaktian

II. Kecemerlangan

III. Keunggulan peribadi

IV. Kepahlawanan

A. I, II dan III

B. I, II dan III

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV


7.Soalan 7 berdasarkan maklumat di bawah

*****************************************************

* Sebagai alat untuk mengesahkan arahan

* Lambang surat rasmi kerajaan

*****************************************************

Berdasarkan maklumat di atas alat ini merupakan salah satu alat kebesaran diraja yang tidak nboleh digunakan oleh rakyat. Apakah alat tersebut?

A. Cap mohor

B. Tepak sireh

C. Kendi

D. Ketur


8.Anak raja menggunakan payung yang berwarna

A. putih

B. kuning

C. biru

D. merah


9.Soalan 9 berdasarkan senarai di bawah

**********************************************

* Bersiram

* Bersantap

* Beta

* mangkat

***********************************************

Perkataan di atas digunakan oleh sultan. Apakah jenis bahasa ini?

A. Bahasa diraja

B. Bahasa bangsawan

C. Bahasa dalam

D. Bahasa formal


10.Segala perintah sultan perlu dipatuhi dan dilaksanakan. Rakyat tidak boleh menderhaka. Jika rakyat menderhaka maka mereka akan ditimpa

A. tulah

B. bencana

C. malang

D. bala


11.Pembesar bertugas mentadbir jajahan atau daerah. Mereka akan dilantik terus oleh sultan. Mereka dilantik oleh sultan melalui pemberian

A. surat pelantikan

B. surat tawaran

C. surat tauliah

D. surat perintah


12.Apakah tugas utama pembesar jajahan dan daerah?

I. Menjaga keamanan

II. Menyediakan tenaga kerja

III. Menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan

IV. Melapor kepada sultan tentang masalah kawasannya

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV


13.Soalan 14 berdasarkan maklumat di bawah

*************************************************

* Memungut cukai

* Membekalkan tentera

* Perantara antara pembesar dan rakyat

*************************************************

Berdasarkan maklumat di atas siapakah memikul tugas di atas?

A. Penggawa

B. Laksamana

C. Penghulu Bendahari

D. Pembesar jajahan


14.Golongan agama merupakan golongan cerdik pandai Islam. Mereka juga merupakan golongan yang penting dalam urusan pemerintahan dan masyarakat. Apakah tugas-tugas mereka?

I. Mengubati penyakit

II. Kadi

III. Penasihat sultan

IV. pembesar negeri

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV



15.Negeri Sembilan dikatakan sebagai sebuah negeri yang agak unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Apakah keunikan negeri ini?

A. Mempunyai pembesar daerah dan jajahan

B. Mempunyai banyak daerah dan jajahan

C. Sistem pemerintahan dan pentadbiran mengikut Adat Perpatih

D. Mengubah suai Adat Temenggung sebagai undang-undang negeri


16.Adat Perpatih dikatakan berasal dari Sumatera. Adat Perpatih diasaskan oleh

A. Datuk Perpatih nan Sebatang

B. Datuk Temenggung Perpatih

C. Datuk Ketemenggungan

D. Datuk Perpatih Ketemenggungan


17.Adat Perpatih dikatakan dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui orang

A. Sumatera

B. Minangkabau

C. Naning

D. Melayu


18.Dalam undang-undang adat, terdapat seorangt yang mahir mentafsir dan melaksanakan hukum. Siapakah orang ini?

A. Sultan

B. Yamtuan Besar

C. Ketua Adat

D. Lembaga


19.Siapakah yang akan memilih Y dalam pemilihan pemimpin?

A. Anak Buah

B. Buapak

C. Undang

D. Yamtuan Besar


20.Soalan 20 berdasarkan perbilangan di bawah

*********************************************************

Bulat anak buah menjadi buapak

Bulat buapak menjadi lembaga

Bulat lembaga menjadi penghulu

Bulat penghulu menjadi raja

*********************************************************

Berdasarkan perbilangan di atas, sistem pemilihan dan pelantikan yang dilakukan di Negeri Sembilan mengikut amalan

A. demokrasi

B. pemilihan oleh ketua

C. warisan

D. persetujuan Yamtuan Besar


21.Apakah ciri hukuman yang dilaksanakan dalam adat Temenggung?

A. Bertujuan sebagai pemulihan

B. Menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan

C. Bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain

D. Yamtuan Besar menjatuhkan hukuman


22.Dalam Adat Perpatih perwarisan harta diberikan di sebelah ibu. Mengapa perkara ini berlaku?

A. kerana kaum wanita akan melahirkan suku

B. kerana menghormati kaum wanita

C. kerana kaum wanita bekerja kuat

D. kerana kaum wanita adalah keturunan kerabat raja Palembang


23.Soalan 23 berdasarkan maklumat di bawah

************************************************************

* Berasal daripada Parsi

* Terdapat 99 kesalahan dan hukum

* Terdapat peraturan adat istiadat

menghadap dan melantik raja

*************************************************************

Berdasarkan maklumat di atas apakah undang-undnag ini?

A. Undang-undang Kedah

B. Undang-undang Pahang

C. Undang-undang 99 Perak

D. Undang-undang Laut Melaka


24.Undang-undang bertulis merupakan himpunan larangan, peraturan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis. Undang-undang yang terawal yang digubalkan pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ialah

I. Undang-undang Laut Melaka

II. Undang-undang Melaka

III. Hukum Kanun Laut Melaka

IV. Hukum Kanun Melaka


A. I dan II

B. I dan III

C. I dan IV

D. III dan IV


25.Apakah tujuan pembinaan terusan seperti Terusan Wan Mat Saman?

A. Untuk menyuburkan kawasan padi

B. Untuk menakung air ketika kemarau

C. Untuk menambahkan hasil padi

D. Untuk penternakan ikan


26.Apakah daun yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk membuat kraf tangan seperti tikar dan tudung saji

I. Daun mengkuang

II. Daun nipah

III. Daun pokok getah

IV. Daun bunga raya

A. I dan II

B. I dan III

C. I dan IV

D. III dan IV


27.Soalan 27 berdasarkan senarai di bawah

**********************************************

* Lembah Kinta

* Larut Dinding

* Sungai Ujong

**********************************************

Kawasan di atas merupakan kawasan di negeri Melaka yang kaya dengan hasil logam. Apakah hasil logam yang dikeluarkan oleh kawasan tersebut?

A. Emas

B. Perak

C. Bijih Timah

D. Tembaga


28.Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan. Cukai yang dipungut di tempat-tempat tertentu di sepanjang sungai ialah

A. Cukai kuala

B. Cukai pelabuhan

C. Cukai labuh batu

D. Cukai kepala


29.Mengapakah sistem serah diamalkan dalam masyarakat Melayu?

A. Sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat

B. Sebagai tanda taat setia kepada sultan yang menyediakan tanah untuk rakyat

C. Sebagai tanda kesyukuran kerana tanaman yang tinggi diperoleh

D. Sebagai tanda kesyukuran kerana pembesar menyediakan kemudahan kepada rakyat


30.Sistem kerah merupakan satu pekerjaan yang dibuat oleh rakyat tanpa diberikan upah. Pilih pekerjaan yang dibuat oleh rakyat dalam sistem kerah ini

I. Menanam padi

II. Membina istana

III. Membina kubu

IV. Membuat jalan dan saliran

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV


31.Apakah gelaran yang digunakan oleh Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja yang dilantik menjadi Raja Terengganu?

A. Sultan Ahmad al-Muadzam Shah

B. Sultan Abdul Jauh al-Muadzam Shah

C. Sultan Zainal Abidin I

D. Sultan Mutahir al-MUadzam Shah


32.Apakah panggilan lain bagi negeri Kelantan?

A. Cik Siti Wan Kembar

B. Cik Siti Wan Mekar

C. Cik Siti Wan Kembang

D. Cik Siti Wan Kiasan


33.Bagaimanakah amalan melantik pembesar di Negeri Sembilan dari Pagar Ruyong berakhir?

A. Apabila Raja Mansor Shah dilantik menjadi Yamtuan

B. Apabila Negeri Sembilan berperang dengan Pagar Ruyong

C. Apabila Raja Melewar dilantik Yamtuan Besar

D. Apabila Raja Lenggang dilantik menjadi Yamtuan Besar


........................ soalan tamat .........................................

kembali ke atas