Sabtu, 10 Januari 2009

Nota Sumber Sejarah

Sumber Sejarah terbahagi kepada dua
  1. Sumber pertama atau sumber primer
  2. Sumber kedua atau sumber sekunder


Sumber Pertama

  1. Dikenali sebagai sumber primer
  2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak
  3. Sumber primer adalah dalam bentuk
    a. kertas
    b. fosil
    c. artifak
    d. keterangan lisan
  4. Contoh-contoh sumber pertama ialah
    a. Surat peribadi
    b. Diri
    c. Manuskrip yang belum dicetak
    d. Batubersurat
  5. Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku
    Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan
    yang boleh dirujuk


Sumber Kedua

  1. Dikenali sebagai sumber sekunder
  2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis
  3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan
  4. Contoh-contoh sumber kedua ialah
    a. Buku
    b. Endiklopedia
    c. Majalah dan surat khabar
    d. Buku teks
    e. Rencana
    f. Jurnal
    g. Laporan tahunan jabatan
    h. Risalah