Rabu, 14 Januari 2009

Nota Kerajaan Angkor

Kerajaan Angkor

1. Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi
2. Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong
3. Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana
  • Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian
  • Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
  • Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik
  • Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain
  • Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk

4. Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian

  • Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air
  • Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah

5. Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan sianggap sebagaiDewaraja.

6. Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran
7. Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman pemerintahan Suryavarman II
8. Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utamanya
9. Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor