Jumaat, 30 Januari 2009

Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

  1. Melaka dikuasai oleh Portugis — Sultan Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut ke Pagoh.

  2. Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.

  3. Bagind bersemayam sementara di Pahang.

  4. Baginda ke Pulau Bentan.

  5. Di Bentan – kumpul tentera dengan bantuan penduduk jajahan takluk.

  6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli) menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.

  7. Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia kpd baginda.

  8. Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.

  9. Serang-menyerang Melaka dan Bentan.

  10. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar (jajahan takluk Melaka)

  11. Mangkat di Kampar
********************

Penerusan warisan Melaka

  1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.

  2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,

  3. Ujong Tanah dikenali sebagai Johor

  4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor

  5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor
    di Pekan Tua.

  6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor

  7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa baginda sultan.
  8. Sultan Johor mengawal hal ehwal Pahang.

  9. Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.

  10. Johor menguasai Aru.

  11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.

  12. Beliau menempatkan wakilnya di :
    i Bengkalis
    ii Kampar
    iii Jambi
    iv Siak
    v Rokan.

  13. Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai angkatan tentera Johor apabila diperlukan.

  14. Negeri yang dikawal oleh Johor membekalkan barangan eksport ke Johor .

  15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.

  16. Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.

  17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
*******************

Usaha Johor menguasai Melaka

  1. Pemerintah Johor, pembesar dan rakyat tidak berputus asa menawan semula Melaka.

  2. Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.

  3. Angkatan perang Johor bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.

  4. Serangan gagal sebab :

    i kekebalan kota Melaka
    ii persenjataan Portugis yang lebih baik

  5. Serangan angkatan Johor berterusan

  6. Pembesar Johor yang usaha menawan semula Melaka :
    i Tun Sri Lanang
    ii Laksamana Tun Abdul Jamil

  7. Gabungan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.

  8. Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat.

  9. Belanda menyerang Melaka dari Laut.

  10. Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.

********************
Kebangkitan Acheh

  1. Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki beralih ke Acheh.

  2. kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.

  3. Portugis kenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat.

  4. Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang asing.

  5. Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh jadi kuasa kuat kerana menguasai perdagangan Selat Melaka.

  6. Beliau berazam kuasai Tanah Melayu.

  7. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.

  8. Setelah menawan Pahang, Acheh berperanan menentukan bakal sultan Johor.

  9. Acheh menawan Pedir dan Pasai.

  10. Penaklukan tersebut membolehkan Acheh menguasai perdagangan lada hitam yang diperlukan oleh pedagang asing.

********************
Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis

  1. Johor, Acheh, Portugis bersaing menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.

  2. Perang selama 100 tahun – dikenali sebagai Perang Tiga Segi.

  3. Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.

  4. Johor menyerang Melaka – ingin merampas semula Melaka daripada Portugis.

  5. Acheh menyerang Melaka kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.

  6. Acheh menyerang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh

  7. Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.