Selasa, 13 Januari 2009

Maklumat tambahan Zaman Logam

Zaman Logam di Malaysia

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.

Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-ciri Penempatan

  • Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
  • Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
    Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan Peralatan

  • Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
  • Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
  • Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.
  • Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

Kepercayaan
  • Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
  • Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.

Lokasi Di Malaysia

Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor