Jumaat, 30 Januari 2009

Latihan Objektif Bab 7


  1. Sultan Mahmud Shah telah berundur dari Melaka setelah Portugis menduduki Melaka.Antara berikut manakah tempat-tempat yang baginda tuju?

    I. Ulu Bertam
    II. Pagoh
    III. Pahang
    IV. Temasik

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. II dan IV

  2. Penawanan Portugis ke atas Melaka menyebabkan Sultan Mahmud Syah telah pergi ke Muar. Apakah yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah di Muar?

    A. Menjalinkan hubungan dengan Acheh
    B. Membina kubu pertahanan di Bentayan, Muar
    C. Mengumpul askar-askar di Muar
    D. Meminta bantuan dari pihak China

  3. Sultan Mahmud Shah telah menyerang Portugis di Melaka dari tahun 1521 sehingga 1526. namun demikian menemui kegagalan. Apakah faktor utama yang mengagalkan usaha-usaha baginda?

    A. Portugis mempunyai tentera yang terlatih
    B. Portugis mempunyai senjata yang maju dan pertahanan yang kuat iaitu Kota A Famosa
    C. Portugis mendapat bantuan dari India untuk menangkis serangan
    D. Penduduk tempatan dikerah menjadi askar Portugis

  4. Apakah yang dilakukan oleh Sultan Mahmud ketika baginda berada di Pulau Bentan?

    A. Membina kubu pertahanan yang kuat untuk menangkis serangan Portugis
    B. Meminta bantuan dari negeri-negero jajahan takluknya
    C. Mengumpul kekuatan tentera dengan bantuan penduduk jajahannya
    D. Memerangi Portugis melalui jalan laut

  5. Di manakah Sultan Mahmud Shah mangkat setelah baginda berundur selepas serangan Portugis yang memusnahkan Pulau Bentan?

    A. Johor
    B. Perak
    C. Pahang
    D. Kampar

  6. Soalan 6 berdasarkan senarai di bawah
    *************************************
    *Raja Ujong Tanah dan Bentan
    * Raja Ali
    ************************************
    Gelaran di atas adalah gelaran bagi putera Sultab Mahmud Shah. Bsginda telah menggantikan ayahandanya. Apakah gelaran yang digunakan oleh baginda setelah ditabalkan menjadi Sultan Johor?

    A. Sultan Mansor Shah
    B. Sultan Alauddin Riayat Shah III
    C. Sultan Alauddin Riayat Shah II
    D. Sultab Mahmud Shah II

  7. Untuk menjaga keselamatan dalam negeri, apakah yang dilakukan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II?

    I. Membina kota pertahanan yang dikenali sebagai Kota Kara
    II. Mengupah Orang Laut untuk menjaga perairan
    III. Pusat pentadbiran Johor sentiasa berubah-ubah di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau
    IV. Mengawal jalan laut

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. II dan IV

  8. Antara yang berikut, pilih penyataan yang betul bagaimana Sultan Alauddin Riayat Shah II memperkukuhkan kuasanya

    I. Menguasai semua jajahan takluk Melaka dan menjadikannya takluk Johor
    II. Memperluaskan kuasanya seperti menguasai Aru
    III. Menghantar wakil-wakil baginda ke tanah jajahan takluknya
    IV. Sentiasa memerangi musuh-musuhnya seperti Portugis, Acheh dan Jambi

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  9. Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah II sentiasa mengubah-ubah kedudukan pusat pentadbirannya?

    A. Untuk mengelirukan musuh-musuh
    B. Untuk mendapatkan bantuan ketenteraan
    C. Untuk mempertahankan diri
    D. Untuk memudahkan serangan ke atas Portugis

  10. Tanah Besar Johor juga dikenali sebagai

    A. Bentan
    B. Johor Bahru
    C. Kampar
    D. Ujong Tanah

  11. Usaha yang terbesar yang pernah dilakukan oleh kerajaan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka ialah pada bulan Jun 1551.Apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan Johor?

    A. Mengepung Portugis melalui perairan selama lebih kurang lima tahun
    B. Bergabung kekuatan tentera dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara (Johor)
    C. Membina kota pertahanan yang kukuh iaitu Kota Kara
    D. Menyerang dari arah darat tanpa pengetahuan pihak Portugis

  12. Siapakah pembesar-pembesar Johor yang terlibat dalam usaha menawan semula Melaka dari pihak Portugis?

    I. Tun Sri Lanang
    II. Raja Haji
    III. Laksamana Tun Abdul Jamil
    IV. Raja Kachil

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. II dan IV

  13. Bagaimanakah kerajaan Johor dapat mengusir Portugis dari Melaka?

    A. Gabungan ketenteraan dengan pihak Belanda
    B. Gabungan ketenteraan dengan pihak China
    C. Gabungan ketenteran dengan pihak Pahang
    D. Gabungan ketenteraan dengan tentera jajahan takluknya

  14. Pilih pernyataan yang betul berkaitan dengan strageti kerajaan Johor ketika menyerang Portugis sehingga berjaya mengusir penjajah dari Melaka

    I. Angkatan perang Johor telah mengepung Melaka dari laut
    II. Angkatan perang Belanda telah mengepung Melaka dari laut
    III. Angkatan perang Johor telah mengepung Melaka dari darat
    IV. Angkatan perang Belanda telah mengepung Melaka dari darat

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. II dan IV

  15. Apakah kesan daripada kemenangan mengusir Portugis dari Belanda?

    A Belanda dan Johor bekerjasama untuk membangunkan Melaka
    B Kerajaan Johor dapat merampas semula Melaka
    C Kesultanan Melayu Melaka dapat diteruskan
    D Pihak Belanda telah menduduki Melaka

  16. Walaupun kerajaan Johor gagal merampas semula Johor telah menewaskan Portugis, apakah sikap patriotisne yang ditonjolkan?

    I. Ketabahan
    II. Putus asa
    III. Kegigihan
    IV. Keberanian

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  17. Mengapakah pedagang dari Benggala, Sri lanka, Pegu dan Turki beralih dari Melaka ke Acheh setelah Melaka dikuasai oleh pihak Portugis?

    A. Portugis mahu menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang Islam
    B. Porugis tidak mahu berdagang dengan pedagang Islam
    C. Portugis tidak mahu menjalankan kegiatan perdagangan
    D. Porugis lebih mengutamakan kegiatan penyebaran agama Kristian

  18. Apakah yang dilakukan oleh Portugis untuk menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing seperti pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki

    I. Mengenakan peraturan perdagangan yang ketat
    II. Tidak memberi kemudahan di pelabuhan
    III. Menaikkan cukai jualan
    IV. Mengenakan cukai yang tinggi

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. III dan IV

  19. Soalan berdasarkan pernyataan di bawah

    ************************************************
    *Sultan Acheh
    *************************************************
    * Baginda berjaya menjadikan Achehsebagai kuasa yang kuat
    * Baginda mahu menguasai Selat Melaka
    * Baginda berazam untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu
    *********************************************

    Berdasarkan pernyataan di atas siapakah Sultan Acheh tersebut?
    A. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
    B. Sultan Mahmud Shah
    C. Sultan Alauddin Riayat Shah II
    D. Raja Kechil

  20. Penaklukan negeri-negeri ini membolehkan Acheh menguasai pedagangan lada hitam yang amat diperlukan oleh pedagang asing.Apakah negeri-negeri tersebut?

    A. Melaka dan Perak
    B. Melaka dan Pasai
    C. Pasai dan Perak
    D. Pasai dan Pedir

  21. Soalan 21 berdaarkan rajah di bawahKetiga-tiga kuasa di atas terlibat dalam sebuah peperangan yang dikenali sebagai Perang Tiga Segi.
    Apakah sebab utama peperangan ini meletus

    A. Untuk mwnguasai Melaka semula oleh kerajaan Johor
    B. Untuk mengusai kekayaan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu
    C. Untuk menguasai pengeluaran rempat ratus
    D. Untuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka

  22. Walaupun Acheh merupakan salah sebuah Kerajaan Melayu di Asia Tenggara, mengapakah Acheh memerangi Johor dan tidak bekerjasama dengan Johor untuk menentang Portugis?

    A. Untuk menguasai kekayaan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu
    B. Untuk menguasai pengeluaran rempah ratus di Semenanjung Tanah Melayu
    C. Johor merupakan ancaman bagi Acheh dalam perdagangan
    D. Acheh takut Johor berpakat dengan Portugis untuk menyerangnya

  23. Dalam Perang Tiga Segi, Acheh dan Johor gagal menawan semula Melaka. Apakah faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut?

    I. Portugis mempunyai alat senjata yang baik dari Acheh dan Johor
    II. Portugis dibantu oleh pihak ketiga
    III. Johor dan Acheh tidak bekerjasama tetapi sebaliknya berperang
    IV. Portugis mempunyai benteng pertahanan yang kuat iaitu A Famosa

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  24. Bagaimanakah Johor boleh muncul sebagai sebuah pelabuhan enterpor bagi kepulauan Melayu pada abad ke 17?

    A. Johor mempunyai ramai tenaga di pelabuhan
    B. Johor mempunyai ramai pembesar yang cekap
    C. Pedagang-pedagang tertarik datang kerana baranan yang dijual di Johor adalah murah
    D. Johor dapat mengumpul pelbagai hasil dagangan dari seluruh jajahan takluk yang luas


  25. Soalan 25 berdasarkan petikan di bawah

    *****************************************
    Bilangan kapal yang berlabuh di pelabuhan Johor terlalu banyakThomas Silcher
    *****************************************
    Berdasarkan petikan di atas Gabenor Belanda di Melaka iaitu Thomas Silcher telah menggambarkan kesibukan pelabuhan Johor dengan menyatakan bilangan kapal pedagang yang banyak berlabu di pelabuhan tersebut. Antara yang berikut,m pelabuhan Johor manakah yang dimaksudkan oleh beliau?

    A. Pelabuhan Batu Sawar
    B. Pelabuhan Ujong Tanah
    C. Pelabuhan Riau
    D. Pelabuhan Bentan

  26. Kemajuan perdagangan Johor disebabkan kepelbagaian barangan dagangannya. ANtara yang berikut manakah barangan luar negeri yang diperdagangkan?

    A. Bijih timah
    B. Teh
    C. Minyak
    D. Lada hitam

  27. Kerajaan Johor telah maju dalam bidang perdagangan seperti kerajaan Melaka. Antara berikut manakah faktor yang sama antara Melaka dan Johor yang menjadikankedua-dua kerajaan ini maju dalam perdagangan?

    I. Terdapat pelbagai barangan tempatan dari luar negeri yang didagangkan di pelabuhan
    II. Pelbagai kemudahan pelabuhan terdapat di pelabuhan
    III. Perdagangan dijalankan dengan penggunaan mata wang
    IV. Keselamatan pedagang asing dijaga oleh Orang Laut

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV
  28. Apakah sistem naungan yang dilaksanakan oleh kerajaan Johor

    A. Orang Laut menjaga keselamatan pedagang serta perairan Selat Melaka
    B. Setiap pedagang asing dijaga oleh pembesar-pembesar Johor iaitu Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung dan Laksamana
    C. Sistem yang menjaga lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur
    D. Sistem cukai yang berpatutan yang diberikan kepada pedagang asing

  29. Soalan 29 berdasarkan penyataan di bawah

    ********************************************
    *Ditulis oleh Bendahara Johor
    * Ditulis pada tahun 1612
    * Sumber persejarahan Melayu
    *********************************************
    Apakah karya yang terkenal ini yang dihasilkan pada zaman Kerajaan Melayu Johor?

    A. Sejarah Melayu
    B. Hikayat Hang Tuah
    C. Tuhfat al-Nafis
    D. Hikayat Johor atau Pahang

  30. Hikayat ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu yang taat kepada pemerintah. Baliau adalah seorang pahlawan yang handal.Kehandalan beliau telah mengagungkan nama Kesultanan Melayu Melaka. Apakah nama karya yang dihasilkan pada zaman Kerajaan Melayu Johor ini?

    A. Sejarah Melayu
    B. Hikayat Hang Tuah
    C. Thfat al-Nafis
    D. Hikayat Johor atau Pahang

  31. Peperangan antara Johor dan Jambi memakan masa hampir 9 tahun. Peperangan ini merupakan salah satu punca kemerosotan kerajaan JohorApakah punca peperangan antara Johor dan Jambi?

    I. Jambi mahu membebaskan driri daripada Johor
    II. Jambi mula menyaingi Johor dalam kegiatan perdagangan
    III. Jambi ingin menguasai Melaka
    IV. Jambi mahu menguasai jajahan takluk Melaka

    A. I dan II
    B. I dan III
    C. II dan III
    D. III dan Iv

    Soalan 32 dan 33 berdasarkan pernyataan di bawah
    **********************************************
    * Laksamana Tun Abdul Jamil telah berjaya mengalahkan Jambi pada tahun 1679
    * Kegemilangan Johor dapat dipertahankan
    *******************************************
    Dalam usaha untuk mengalahkan Jambi, Laksamana Tun Abdul Jamil telah mendapat bantuan daripada

    A. Orang Laut
    B. Orang Belanda
    C. Orang Bugis
    D. Orang Melayu Johor

  32. Untuk mengenang jasa Laksamana Tun Abdul Jamil apakah gelaran yang diberikan kepada beliau?

    A. Paduka Raja
    B. Sri Bija Diraja
    C. Sri Amar Diraja
    D. Paduka Sriraja

  33. Persengketaan yang berlaku antara pembesar-pembesar Johor iaitu antara Laksamana Tun Abdul Jamil dengan Tun Habib Abdul Majid telah menyumbang kepada faktor kemerosotan telah berlaku akibat ketidakpuasan hati Tun Habib Abdul Majid telah membelakangkan beliau sebagai pembesar yang terkanan.Apakah peristiwa nmenyebabkan persengketaan ini berlaku?

    I. Perlantikan menantunya menjadi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ShahII. Perlantikan Sultan Mahmud
    II menjadi Sultan Johor ketika baginda berusia 10 tahun
    III. Perlantikan anak Laksamana Tun Abdul Jamil iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim Shah sebagai pemangku raja
    IV. Pelantikan Laksamana Tun Abdul Jamil menjadi bendahara

    A. I, II dan III
    B. I, II dan IV
    C. I, III dan IV
    D. II, III dan IV

  34. Mengapakah Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan setelah Sultan Mahmud Shah II mangkat, walaupun beliau bukan keturunan Sultan Mahmud Shah II

    A. Tun Abdul Jalil adalah pembesar yang amat dipercayai oleh Sultan Mahmud Shah II
    B. Sultan Mahmud Shah II mangkat tanpa meninggalkan waris
    C. Keturunan Bendahara di Johor adalah dari Kesultanan Melayu Melaka
    D. Tun Abdul Jalil berkahwin dengan adinda Sultan Mahmud Shah II

  35. Soalan 36 berdasarkan penyataan di bawahApakah gelaran yang digunakan oleh raja tersebut setelah berjaya menguasai Johor pada 21 Mac 1718?

    A. Sultan Abdul jalil Rahmat Shah
    B. Sultan Abdul Jalil II
    C. Sultan Mahmud Shah IV
    D. Sultan Alauddin Riayat Shah IV

  36. Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV tidak mendiamkan diri setelah Johor dikuasai oleh raja Kechil. Baginda telah berjaya mengusir Raja Kechil dari Johor. Kejayaan baginda adalah dengan bantuan siapa?

    A. Pihak Belanda
    B. Orang Laut
    C. Anak raja Bugis lima bersaudara
    D. Orang Melayu Johor

  37. Soalan 38 berdasarkan rajah di bawahRaja Sulaiman mengenang jasa orang Bugus yang membantu baginda merampas semula takhta. Baginda telah mengurniakan gelaran kepada orang Bugis. Berdasarkan X pada rajah di atas apakah gelaran yangdiberikan kepada Daeng Merewah

    A. Paduka Raja
    B. Paduka Sri Maharaja
    C. Yamtuan Muda Riau
    D. Raja Muda Riau

  38. Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602. Syarikat ini telah memulakan perniagaan di pelabuhan Batu Sawar. Namun demikian, syarikat ini telah melakukan beberapa serangan ke atas Orang Bugis. Mengapakah serangan dilakukan oleh syarikat ini ke atas Orang Bugis?

    A. Syarikat ini bimbang penguasaan Orang Bugis dalam kerajaanJohor akan mengancam kedudukan Belanda di Melaka
    B. Pembesar-pembesar Melayu Johor telah meminta syarikat ini menyerang Orang Bugis
    C. Orang Bugis telah menyerang Belanda kerana mengusir mereka keluar dari tanah air mereka
    D. Orang Belanda mahu menjadi pembesar dalam kerajaan Johor

Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

  1. Melaka dikuasai oleh Portugis — Sultan Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut ke Pagoh.

  2. Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.

  3. Bagind bersemayam sementara di Pahang.

  4. Baginda ke Pulau Bentan.

  5. Di Bentan – kumpul tentera dengan bantuan penduduk jajahan takluk.

  6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli) menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.

  7. Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia kpd baginda.

  8. Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.

  9. Serang-menyerang Melaka dan Bentan.

  10. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar (jajahan takluk Melaka)

  11. Mangkat di Kampar
********************

Penerusan warisan Melaka

  1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.

  2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,

  3. Ujong Tanah dikenali sebagai Johor

  4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor

  5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor
    di Pekan Tua.

  6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor

  7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa baginda sultan.
  8. Sultan Johor mengawal hal ehwal Pahang.

  9. Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.

  10. Johor menguasai Aru.

  11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.

  12. Beliau menempatkan wakilnya di :
    i Bengkalis
    ii Kampar
    iii Jambi
    iv Siak
    v Rokan.

  13. Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai angkatan tentera Johor apabila diperlukan.

  14. Negeri yang dikawal oleh Johor membekalkan barangan eksport ke Johor .

  15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.

  16. Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.

  17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
*******************

Usaha Johor menguasai Melaka

  1. Pemerintah Johor, pembesar dan rakyat tidak berputus asa menawan semula Melaka.

  2. Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.

  3. Angkatan perang Johor bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.

  4. Serangan gagal sebab :

    i kekebalan kota Melaka
    ii persenjataan Portugis yang lebih baik

  5. Serangan angkatan Johor berterusan

  6. Pembesar Johor yang usaha menawan semula Melaka :
    i Tun Sri Lanang
    ii Laksamana Tun Abdul Jamil

  7. Gabungan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.

  8. Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat.

  9. Belanda menyerang Melaka dari Laut.

  10. Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.

********************
Kebangkitan Acheh

  1. Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki beralih ke Acheh.

  2. kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.

  3. Portugis kenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat.

  4. Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang asing.

  5. Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh jadi kuasa kuat kerana menguasai perdagangan Selat Melaka.

  6. Beliau berazam kuasai Tanah Melayu.

  7. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.

  8. Setelah menawan Pahang, Acheh berperanan menentukan bakal sultan Johor.

  9. Acheh menawan Pedir dan Pasai.

  10. Penaklukan tersebut membolehkan Acheh menguasai perdagangan lada hitam yang diperlukan oleh pedagang asing.

********************
Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis

  1. Johor, Acheh, Portugis bersaing menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.

  2. Perang selama 100 tahun – dikenali sebagai Perang Tiga Segi.

  3. Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.

  4. Johor menyerang Melaka – ingin merampas semula Melaka daripada Portugis.

  5. Acheh menyerang Melaka kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.

  6. Acheh menyerang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh

  7. Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.

Perang Johor Jambi










Penglibatan Bugis di Johor










Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C)












Perebutan Takhta










Perebutan Kuasa






Kemerosotan Johor


Kepelbagaian Barang Perdagangan










Penggunaan Mata Wang






Kedudukan Geografi Johor






Kemudahan di Pelabuhan






Kecekapan Mentadbir Pelabuhan






Pusat Persuratan Melayu